
Khairul(kiri)menyampaikan sumbangan tongkat kepada Sulaiman.BUKIT BUNGA, 10 MAC 2010 - Kerumitan seorang pemuda, Sulaiman ABdul Rashid, 24, dekat sini yang patah kaki ketika menyertai perlawanan bolasepak mendapat perhatian Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed.
Sulaiman yang kini tidak dapat berjalan menerima sumbangan tongkat daripada To'Pa disampaikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari.
Menurut Khairul, sumbangan keprihatinan To'Pa itu merupakan kecaknaan beliau membantu penduduk di parlimen Jeli yang berada didalam kesusahan.
"Sumbangan yang diberikan bukan sahaja memberikan kesenangan kepada penerima tetapi pada masa yang sama mengurangkan beban ditanggung untuk keselesaan hidup lebih baik.
"Selaku kepimpinan bahagian yang juga Ketua UMNO bahagian Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed sentiasa mengambil berat kedaaan penduduk di parlimen ini,"katanya ketika ditemui.
Beliau berkata, pergerakan Pemuda juga akan terus bergerak mendampingi akar umbi dalam segenap aspek demi agama, bangsa dan negara seterusnya memastikan UMNO menjuarai rakyat sama ada menerusi aktiviti kemasyarakatan, sukarelawan mahupun kebajikan.