
Yam (berkerusi roda)gembira terima kerusi roda sumbangan To'PaSALOR, 9 MAC 2010 - Keterbatasan untuk bergerak seorang warga emas, Yam Awang,80, yang menghidap pelbagai penyakit kini menggembirakannya apabila menerima kerusi roda sumbangan Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed di rumahnya dekat sini.
Yam yang tidak mampu bergerak hampir setahun akibat penyakit darah tinggi, kencing manis dan lenguh-lenguh kini tinggal bersama anaknya.
Kekurangan diri yang menghadkan pergerakan Yam itu mendapat perhatian Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Jeli yang turun padang melihat sendiri kesulitan beliau dalam ziarah mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas.
Menurut Yam, dia gembira dan berterima kasih dengan sumbangan kerusi roda yang diterimanya sekaligus membantu memudahkan pergerakannnya.
"Kerusi roda ini bukan sahaja memudahkan pergerakan tetapi mengurangkan beban anak-anak yang menjaga saya selama ini.
"Terima kasih kepada To'Pa diatas sumbangan ini,"katanya yang membahasakan diri sebagai emak.
Ketua Pergerakan Pemuda, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari berkata, ziarahnya bersama Ketua Pergerakan Wanita, Roslinah Mohamed ini sekurang-kurangnya memberikan sinar baru kepada Yam.
Katanya, kesulitan dialami beliu selama ini memberikan ruang kegembiraan dan keceriaan untuk menjalani kehidupan lebih baik lagi selepas ini.
"Lawatan dari rumah ke rumah sebegini akan terus dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan mereka yang berada dalam kesusahan mendapat perhatian.
"Cara kerja sebegini pada masa yang sama memberi peluang kepada kami untuk melihat sendiri permasalahan peringkat bawah dan mengambil tindakan selanjutnya untuk dibantu sebaik mungkin,"katanya.