
Roslinah (berdiri)berucap pada majlis sembang petang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah.
KUALA BALAH, 9 MAC 2010 - Gerakan agresif Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jeli dekat sini untuk memperkasakan pergerakannya memberikan perkhidmatan berkualiti dan releven untuk rakyat berjalan lancar apabila 106 wanita menghadiri program sembang petangnya.
Program dijayakan di rumah Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah, Rodzi Muhamad itu adalah antara langkah-langkah pergerakan Wanita UMNO bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya pada masa akan datang.
Ketuanya, Roslinah Mohamed berkata, program yang digerakkan Wanita itu adalah usaha keras untuk memperkasakan pergerakannya selaras hasrat Presiden UMNO, Dato' Sri Najib Tun Razak supaya sayap-sayap utama parti dapat turun ke bawah menyelami denyut nadi rakyat.
"Pendekatan ini seiring dengan perjuangan UMNO supaya digerakkan usaha untuk terus menjuarai rakyat di samping mendengar pandangan dan idea untuk digunapakai membaiki kelemahan yang ada.
"Pergerakan Wanita bahagian ini akan terus memberikan komitmen dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan program-program mendampingi rakyat pelbagai lapisan,"katanya.