Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Pemuda Rangka Program Bersama Wanita dan Puteri Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 09 Mac 2010

lawatan pemuda dan wanita ke kuala balah.JPG
Khairul (duduk) bersamm Roslinah dalam lawatannya.


JELI, 9 MAC 2010 – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli sedang merangka satu program menjurus memantapkan UMNO bahagian ini dengan kerjasama pergerakan Wanita dan Puteri UMNO.

Ketua pergerakannya, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari berkata, program yang akan dilaksanakan itu nanti membawa satu misi dan matlamat yang besar untuk menjuarai rakyat.

Menurutnya, program membabitkan tiga sayap itu mampu memberikan impak dan kesan besar di peringkat akar umbi.

“Matlamat program itu nanti adalah usaha memastikan Jeli terus berada di bawah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

“Perlaksanaan program secara bersama ini juga dilihat dapat diringankan selain mewujudkan kesatuan dan kerjasama antara satu sama lain bagi memastikan Jeli kukuh dibawah UMNO,"katanya ketika ditemui selepas mengadakan ziarah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas.

Beliau berkata, pergerakan Pemuda sentiasa menyambut baik dan mengalu-alukan serta bersedia untuk bersama dalam segala program demi mengukuhkan parti.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement