Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Kaunter Pendaftaran Bergerak Membanggakan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 08 Mac 2010

kaunter pendaftaran bergerak.jpg
Kaunter pendaftaran bergerak yang dibuka menerusi Kuliah Jumaat yang lalu.

JENUB,8 MAC 2010 - Kaunter pendaftaran bergerak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) UMNO Bahagian Jeli menerusi pergerakan Wanita UMNO dekat sini berjaya mendaftarkan 40 orang pengundi menerusi program mingguan kuliah Jumaat di Pusat Dakwah Parlimen Jeli.

Penyelarasnya, Faridah Salleh berkata, kaunter yang dibuka sebelah pagi itu mendaftarkan 12 lelaki dan 28 wanita sebelum majlis selesai pada jam lebih kurang 11.30 pagi.

Menurutnya, program pendaftaran menerusi kaunter bergerak yang dibuka itu membanggakan dengan jumlah yang didaftarkan pada hari berkenaan.

"Kaunter bergerak ini akan terus bergerak dari semasa ke semasa menerusi program-program di bahagian ini bagi mendaftarkan sebanyak mungkin pengundi di bahagian ini.

"Kerja-kerja pendaftaran ini akan akan terus dimantapkan dengan strategi yang tersusun bagi membolehkan mereka mengundi sekiranya berlaku pilihanraya kecil mahupun umum pada bila-bila masa,"katanya.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Roslinah Mohamed berkata, setakat ini jumlah yang didaftarkan membanggakan dan pergerakan akan terus menjalankan langkah-langkah perlu dalam usaha mendaftarkan lebih ramai pengundi.
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement