Carian  
10 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Pemuda dan Wanita Bergerak Seiring Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 08 Mac 2010

khairul(duduk)bersama roslinah dalam lawatannya.jpg
Khairul(kanan) dan Roslinah turun mendekati akar umbi dekat sini.



SATURA,8 MAC 2010 - Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO bahagian dekat sini bergerak seiring membawa satu misi dan matlamat turun ke bawah mendekati akar umbi.

Usaha bersama turun mendampingi rakyat itu digerakkan selaras kemahuan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato' Sri Mustapa Mohamed yang mahukan akar umbi terus didekati selain bersatu dalam melaksanakan sesuatu.

Ketua Pergerakan Pemuda, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari, program melawat warga emas dan uzur digerakkan itu adalah antara usaha menjayakan motto 2B yang dilaungkan Dato' Sri Mustapa Mohamed sebelulm ini.

Menurutnya, visi dan matlamat yang kita lakukan ini bagi memastikan Jeli sentiasa berada di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

"Selain itu, matlamat untuk merampas kembali penguasaan pembangkang yang memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas dalam piihan raya lalu juga adalah antara pengisian program ini seterusnya memastikan Jeli kubu kuat UMNO di Kelantan.

"Pemuda akan terus bekerja bersungguh-sungguh dan sebaik mungkin memperbanyakkan pelbagai aktiviti yang memberikan nilai kepada UMNO seterusnya BN di negeri ini,"katanya.
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement