Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 200 Hadiri Muzakarah Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 07 Mac 2010

muzakarah.jpg
Sebahagian wanita yang hadir tekun mendengar ceramah yang disampaikan penceramah.


BUKIT NANGKA, 7 MAC 2010 - Seramai 200 ketua dan timbalan wanita UMNO peringkat cawangan dekat sini berkumpul di Kompleks UMNO Bahagian Jeli menjayakan program muzakarah.

Program bermula pada jam 2.30 petang itu turut diisi dengan ceramah penerangan asal usul UMNO dan pelbagai lagi isu di sampaikan oleh Abdul Razak Mat Saad.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jeli, Roslinah Mohamed berkata, program muzakarah yang dijayakan untuk kali pertama pada tahun ini itu bertunjangkan memberi kefahaman mendalam dan lebih baik dikalangan ahli pergerakan Wanita UMNO di bahagian ini tentang isu-isu semasa.

Menurutnya, program berkenaan bukan setakat berkumpul dan bertukar-tukar fikiran memantapkan lagi pergerakan wanita tetapi muzakarah ini merupakan platform meniup semangat dikalangan ahli untuk bekerja bersungguh-sungguh memantapkan UMNO di bahagian ini.

"Apa yang kita mahukan ialah Wanita UMNO bahagian ini terus terserlah penampilannya dalam segala aspek selain mesra rakyat dengan pendekatan turun ke bawah.

"Muzakarah ini juga bertindak sebagai titik untuk mendapatkan idea dan pandangan peringkat bawah dan hasilnya dapat diaplikasikan bagi menentukan halatuju pergerakan ini supaya berada di landasan terbaik sebelum pilihanraya umum nanti,"katanya.

Majlis Muzakarah pada hari tersebut turut mengadakan sambutan Maulidur Rasul dan hadir bersama pada majlis ialah Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Jeli, Roslan Mohamed.
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement