
Mustapa bergambar dengan ketua-ketua perniagaan, Konfederasi Industri India.NEW DELHI, 6 MAC 2010 - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Sri Mustapa Mohamed, kelmarin berada di New Delhi, India dalam lawatan kerjanya ke sana.
Lawatan kerja itu turut menjadi medan perbincangan dua hala antara India dan Malaysia bagi mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara susulan lawatan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak Januari lalu menerusi perjanjian kerjasama ekonomi baru-baru ini
Perjumpaan di New Delhi itu turut disertai rakan sejawatnya, Anand Sharma.
Mustapa sebelum itu menemui ketua-ketua perwakilan perniagaan, Konfederasi Industri India untuk bertukar-tukar pandangan selain mengemaskini langkah-langkah yang telah diambil Malaysia berhubung isu yang dibangkitkan India sebelum ini.
Dalam pada itu, Mustapa turut meluangkan masa menemui komuniti Malaysia di India sebelum menunaikan solat Jumaat di kedutaan Indonesia.
Malamnya, Mustapa makan malam bersama komuniti perniagaan di India dan lawatan kerja singkat itu banyak memberikan impak positif sebelum ke Eropah mengetuai misi perdagangan dan pelaburan di sana.