
Roslinah (kedua kiri) mengiringi Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah, isteri Ahli Parlimen Jeli
dalam lawatan ke rumah penduduk baru-baru ini.
JELI, 6 MAC 2010 - Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jeli akan melakukan gerakan lebih agresif menerusi skuad penyayangnya di ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha mendampingi dan mendekati akar umbi.
Ketuanya, Roslinah Mohamed berkata, skuad penyayang itu akan memberikan tumpuan lebih baik dari sedia ada pada tahun ini membabitkan DUN Ayer Lanas, Bukit Bunga dan Kuala Balah.
Menurutnya,pengisian program yang lebih agresif itu akan melaksanakan program ziarah kematian,orang sakit, warga emas dan beberapa lagi aktiviti untuk merealisasikan kemesraan lebih baik dengan rakyat.
"Aktiviti-aktiviti Skuad Penyayang bukan sahaja melibatkan soal kebajikan tetapi tumpuan turut diberi dalam perkara kesukarelawan dan kemasyarakatan.
"Apa yang kita mahu ialah pengisiannya mampu memberikan kesan terbaik kepada parti seterusnya mengukuhkan hubungan dengan masyarakat,"katanya.
Kata beliau, menerusi Skuad Penyayang sebelumnya, kita melaksanakannya setiap Selasa dan pada kali ini kita akan teruskan agenda yang sama selain program-program penerangan yang kita tumpukan pada hari Sabtu setiap minggu mengikut tempat ditetapkan.