
Mustapa bersalaman dengan kakitangan UMK dalam majlis baru-baru ini.
Faridah dan Hashim (gambar kecil).
JELI, 6 MAC 2010 - Keperibadian To'Pa selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan cukup menggerunkan pembangkang sehingga pelbagai serangan ditujukan kepada beliau sejak dilantik menerajui UMNO Kelantan.
Ketua Cawangan UMNO Sungai Satan, Faridah Salleh berkata, sikap rendah diri, menjenguk rakyat tanpa mengira masa, selain cakna dan prihatin menjadikan beliau cukup digeruni.
Menurutnya, kebanyakan penyokong pembangkang turut menghormati beliau bahkan perwatakan kampung ditonjolkan menjadikan rakyat cukup menyenanginya.
"Serangan-serangan ke atas beliau dilakukan pembangkang ketika ini menunjukkan ketakutan parti lawan terhadap kepimpinannya.
"Gelombang biru 2004 ketika memimpin UMNO Kelantan sebelum ini turut menjadi sebab mengapa pembangkang melakukan serangan ke atas beliau kerana kepimpinan beliau diyakini rakyat Kelantan,"katanya ketika ditemui.
Beliau berkata, sikap, kepimpinan dan ketokohannya memimpin Kelantan diakui sendiri pembangkang dan menjadikan mereka(pembangkang) takut setelah 20 tahun memerintah Kelantan.
"Kehadiran beliau kali ini membawa misi besar dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku di Kelantan pada pilihanraya umum nanti,"katanya.
Ahli UMNO, Hashim Yaacob, 63, berkata, imej bersih To'Pa ditakuti saat ini sehinggalah pelbagai polemik dicetuskan pembangkang demi poltik mereka.
"Mereka tahu bahawa To'Pa tidak dapat diserang sewenang-wenangnya dan pembangkang akan mencuba pelbagai cara untuk menjatuhkan beliau.
"Pembangkang kini gerun parti mereka akan berpecah belah dengan 'kelahiran semula' To'Pa di Kelantan,"katanya.