Carian  
10 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Pemuda Sokong Usaha Jentera Penerangan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 05 Mac 2010

IMG_5423.jpg
Penduduk yang hadir mendengar ceramah program gerak tumpu baru-baru ini.
Khairul Ikhwaniza (gambar kecil)

JELI, 5 MAC 2010 - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli akan terus menyokong segala usaha UMNO Bahagian Jeli melaksanakan program-program penerangan kepada masyarakat tentang pelbagai isu dimainkan pembangkang saat ini.

Ketuanya, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari berkata, pergerakannya akan bersama-sama dengan jentera penerangan mambantu memberi kefahaman lebih baik sehinggak ke akar umbi.

Menurutnya, selaku peranan utama dalam parti, pergerakan pemuda bahagian ini juga akan sentiasa turun ke bawah memberi penerangan kepada pemuda-pemuda di peringkat cawangan.

"Apa yang kita mahu jayakan ialah 'jelira'(selera) akar umbi dapat diberi secukupnya supaya mereka kukuh dengan UMNO biarpun pelbagai isu dipolitikkan pembangkang.

"Sokongan terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan juga secara tidak langsung akan memberikan semangat untuk semua terus bekerja untuk mengubah Kelantan nanti,'katanya.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement