
Roslinah (kanan) menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran.
TOK CHE DOL, 5 MAC 2010 - Prihatin dengan nasib mangsa kebakaran dekat sini, baru-baru ini Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jeli, Roslinah Mohamed turun padang menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada keluarga Mat Rani Jusoh,39.
Menurut Roslinah, sumbangan keprihatinan itu merupakan susulan bantuan dan sumbangan segera Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed baru-baru ini kepada mangsa selepas kejadian.
"Pergerakan Wanita UMNO di bahagian ini sentiasa mengambil berat setiap perkara dan apa yang kita sumbangkan kepada mangsa ini diharapkan memberi sinar baru kehidupan untuk mereka memulakan hidup baru.
"Kita sedih dengan apa yang menimpa keluarga ini dan sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban ditanggung mereka,"katanya ketika ditemui, semalam.
Kejadian menimpa keluarga Mat Rani ini turut mendapat perhatian apabila Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPMM) DUN Bukit BUnga, Adnan Hamid akan menyegerakan proses bantuan menerusi E-Kasih kepada keluarga berkenaan.