
Seramai 150 penggerak masyarakat hadir pada perjumpaan setiap bulan dekat sini, semalam.
BUKIT NANGKA, 5 MAC 2010 - Penggerak-penggerak masyarakat diminta meningkatkan kefahaman kepada masyarakat tentang pelbagai isu yang timbul pada hari ini.
Pengelola Penggerak Masyarakat Negeri Kelantan, Hassan Che Soh berkata,pelbagai isu yang timbul pada masa kini antaranya tentang penggunaan kalimah Allah perlu diperbetulkan dan diperkemaskan.
Menurutnya, masyarakat perlu dididik sebaik mungkin supaya akidah mereka kukuh dan sebagai penggerak masyarakat perkara ini perlu diambil berat.
"Kita tidak mahu masyarakat hari ini rosak akidahnya dengan isu ini yang sengaja digembar-gemburkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Oleh itu, peranan penggerak perlu lebih aktif memberikan kefahaman lebih baik kepada masyarakat tentang perkara ini,"katanya dalam ucapan pada majlis perjumpaan bulanan di Kompleks UMNO Bahagian Jeli, semalam.
Pada majlis tersebut seramai 150 peenggerak hadir dan majlis turut diserikan dengan sambutan Maulidur Rasul.