Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Puteri Agresif Tambah Ahli Menerusi Taqarub Murni dan Menyusur Akar. Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 04 Mac 2010

lawatan puteri bersama datin Sri.JPG

Norwahida mengiringi Datin Sri Khamarzan dalam lawatanya ke parlimen Jeli baru-baru ini


JELI, 4 MAC 2010 - Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jeli akan bergerak lebih agresif menambah keahlian dan mendaftarkan keahlian baru menerusi pelbagai program yang dirangka antaranya Taqarub Murni dan Menyusur Akar.

Ketuanya, Norwahida Patuan berkata, pergerakannya kini bergerak aktif setiap minggu mendampingi dan mendekati akar akar umbi.

Menurutnya, program tersebut bukan sahaja bermatlamatkan mengukuhkan hubungan kemesraan tetapi platform mendengar pandangan akar umbi selain menyelami isi hati mereka sesuai dengan konsep mesra rakyat dicanang Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak dan Dato' Sri Mustapa Mohamed.

"Hasrat kita ialah program yang akan dijayakan ini dapat menambat hati rakyat terutama dikalangan gologan muda yang semakin selesa dengan UMNO pada masa kini.

"Namun demikian, Puteri tetap akan berusaha melaksanakan pelbagai kaedah untuk mendampingi mereka selaras hasrat To'Pa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang mahukan akar umbi terus didekati dengan kaedah 2B,"katanya.

Kata beliau,pergerakan puteri akan terus bekerja sepanjang tahun ini dam turun padang sehingalah ke pilihan raya umum ke-13 nanti. 
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement