
Mustapa melancarkan Tombak baru-baru iniMACHANG - Semua UMNO bahagian di Kelantan diminta menggerakkan pelbagai aktiviti tahun ini sebagai persiapan piliharaya umum ke-13 nanti.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato' Sri Mustapa Mohamed berkata, tahun 2010 adalah tahun aktiviti untuk semua bahagian.
Menurutnya, pelbagai aktiviti perlu digerakkan mulai sekarang dan program-program mendampingi rakyat perlu digiatkan sebaik mungkin.
"2011 adalah tahun persediaan untuk kita semua dibahagian dan saya harap program-program dijalankan dan dijayakan sebelum pilihanraya nanti.
"Kita telah genap dua tahun menghadapi pilihanraya umum, oleh itu kita perlu bersedia mulai sekarang,"katanya ketika berucap pada majlis perasmian pelancaran Tabung Berbakti Orang Muda Kelantan (Tombak) baru-baru ini di Dewan UiTM,Machang.
Kata beliau, perjuangan dan tangggugjawab besar ini perlu dipikul bersama di semua bahagian untuk mengubah Kelantan.