Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Mustapa Rai Anak Jeli Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 03 Mac 2010

mustapa memberikan motivasi kepada pelajar.JPG

Mustapa berucap memberikan motivasi kepada pelajar dalam pertemuan itu.

KUALA LUMPUR, 2 MAC 2010 - Seramai 42 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) parlimen Jeli di sini diraikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Sri Mustapa Mohamed dalam satu majlis ramah mesra di kediamannya di Bukit Tunku.

Kehadiran sejumlah anak Jeli itu turut disuntik semangat menerusi pengisian motivasi oleh tokoh korporat, En.Suhaimi dari XY Base, En.Ashaari,FAU Arkitek serta Penolong Ketua Jajahan Jeli (Pembangunan)En.Razak Deraman.

Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Jeli, Hanafi Mat Yunus berkata, majlis meraikan anak Jeli itu merupakan jemputan Dato'Sri Mustapa Mohamed yang mahu bersua muka dan bertanyakan khabar anak-anak di parlimennya.

Menurutnya, pertemuan berkenaan merupakan program pelengkap pelajar yang menghadiri Eksplorasi Ilmu 2010 di Universiti Tenagan Nasional (UNITEN) Kampus Putrajaya di Bangi.

"Penyertaan pelajar-pelajar parlimen Jeli itu merupakan satu penghargaan selain sumbangan sosial UNITEN kepada masyarakat setempat. 

"Objektif program dirangka UNITEN selama lima hari itu bukan sahaja memberikan pengalaman kepada peserta tentang kehidupan kampus bahkan turut memberi pendedahan tentang program praktikal interkatif dan membantut peserta mencari halatuju selepas mendapat keputusan SPM nanti,"katanya.

Antara aktiviti yang dijayakan menerusi program tersebut ialah kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi, suaikenal bersama pelajar UNITEN,Ceramah agama dan sebagainya.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement