Sebahagian ahli UMNO tekun mendengar ceramah program gerak tumpu DUN Kuala Balah.
Mahadi Loman(gambar kecil)BUKIT BUNGA, 2 MAC 2010 - Biro Penerangan UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga akan menggerakkan tiga program dalam masa terdekat bagi memberi penerangan tentang isu-isu semasa.
Pegawai Penerangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga, Mahadi Loman berkata, tiga program yang akan dijayakan pada bulan ini membabitkan tiga kawasan iaitu petiundi Lawang, Jakar dan satu program utama di Jedok membabitkan program Gerak Tumpu peringkat DUN.
Menurutnya, tiga program tersebut adalah langkah penerangan DUN sebagai pendekatan awal untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Program ke akar umbi dilaksanakan itu bukan sahaja usaha bagi memberi kefahaman dan pengetahuan jelas mengenai usaha UMNO dalam perjuangan menjayakan juara rakyat tetapi pada masa yang sama platform menangkis dakyah pembangkang yang mencanang pelbagai isu demi menyelamatkan maruah parti mereka.
"Penerangan DUN juga akan merangka dan menjayakan lebih banyak program pada tahun ini supaya UMNO terus menjadi pembela rakyat selaras kehendak pucuk pimpinan,"katanya.