Carian  
10 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Pemuda Turun Jayakan Program Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 02 Mac 2010

tomoi.jpg

Barisan kepimpinan Pemuda bergambar selepas program


KAMPUNG BARU JALAN MALAYSIA, 2 MAC 2010 - Usaha untuk menyakinkan golongan muda menerusi program turun padang mendekati mereka oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli hasil pendekatan gagasan 1Malaysia terus berjalan lancar dekat sini.

Terbaru, Pergerakan Pemuda UMNO turun bersama kepimpinan bahagian turun menjayakan program perlimau dan penyampaian sijil kelab tomoi prakok.

Ketuanya, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari berkata, kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian akan terus menyusur ke bawah menjayakan program-program bersama pemuda di peringkat cawangan.

Menurutnya, barisan kepimpinan pemuda akan terus meningkatkan peranan kerja dalam parti bagi memastikan sokongan orang-orang muda terus menapak kepada UMNO.

"Usaha ini akan terus dilaksanakan sebaik mungkin bagi memastikan hasrat To'Pa yang mahukan Jeli sebagai kubu kuat UMNO di Kelantan.

"Barisan kita berkomitmen tinggi untuk meraih semula sokongan rakyat bagi memastikan UMNO bahagian seterusnya Kelantan menjuarai hati rakyat dengan khidmat terbaik kepada masyarakat,"katanya.
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement