
Norwahida (kanan) hadir menjayakan program bersama akar umbi dekat siniSUNGAI SATAN, 1 MAC 2010 - Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jeli dekat sini terus menggerakkan program Jejak Ahli dalam usaha mereka mendaftar dan menambah ahli-ahli baru.
Ketuanya, Norwahida Patuan berkata, program yang telah digerakkan sejak November tahun lalu itu cukup membanggakan terutama dari segi pendaftaran dan penambahan ahli-ahli baru.
Menurutnya, pergerakan Puteri UMNO Bahagian akan terus merangka lebih banyak lagi program selepas ini supaya keahlian sedia ada akan bertambah.
"Menerusi program-program yang dijayakan, pengisiannya turut diselit dengan ceramah isu-isu semasa bagi memberi kefahaman lebih baik kepada akar umbi tentang keadaan politik sekarang.
"Kita yakin dengan program-program yang dilaksanakan ianya akan membantu mengukuhkan lagi hubungan dengan rakyat sekaligus menjayakan agenda untuk menjuarai rakyat,"katanya.