Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Saranan Shafie Betul Dan Tepat Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 01 Mac 2010

mustapa berbual dengan penduduk.JPG

Mustapa (kiri) duduk berbual bersama penduduk dalam lawatannya ke parlimen Jeli baru-baru ini


JELI, 1 MAC 2010 - Saranan Naib Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Shafie Apdal yang mahukan ahli UMNO mengamalkan sikap rendah diri untuk mendekati dan memenangi hati rakyat disambut baik ahli-ahli UMNO di bahagian ini.

Ahli UMNO, Remli Ibrahim berkata, saranan tersebut kena pada tempatnya dalam usaha menjuarai hati rakyat.

Menurutnya, sikap berkenaan mampu membawa gelombang biru yang besar kepada parti dan ahli-ahli parti perlu melakukannya.

"Sikap merendah diri itu juga seharusnya dilengkapkan lagi dengan keterbukaan selain perlunya ada toleransi.

"Ahli-ahli parti juga seharusnya tahu teras perjuangan dan agenda parti kerana perkara ini akan memberikan impak lebih baik untuk memenangi hati rakyat pada pilihanraya umum akan datang,"katanya ketika ditemui,semalam.

Kata beliau, bagi melengkapkan lagi sikap itu, tambahan 2B (Berbakti dan Berkhidmat) yang disarankan To' Pa perlu diadun bersama mulai sekarang.

“Setiap kepimpinan UMNO turut perlu meletakkan parti dihadapan untuk kesan lebih baik,”katanya.

Bagi Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jeli, Norwahida Patuan berkata, apa yang disarankan Dat0’ Sri Mohd Shafie Apdal itu tepat dan betul.

"Keperluan sikap rendah diri amat perlu dalam parti untuk memenangi hati rakyat.

"Program kepimpinan masuk kampung menyusur ke akar umbi sebagai contohnya adalah perlakuan rendah diri untuk tujuan menambat hati mereka.

"Perkara ini bukan sahaja memberi satu nilai tambah kepada kepimpinan tetapi perkara sebeginilah yang akan membantu pada pilihanraya umum nanti,"katanya.
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement