Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
  PKR, Pakatan Tak Tegas Bela Agama Minimize
Location: BlogsBuletin JeliTerkini umno-online    
Posted by: umnojeli_admin 01 Mac 2010
AMPANG, 1 Mac – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berkata beliau hilang sabar dan terpaksa membuat pertimbangan mengenai hala tuju perjuangannya setelah melihat pucuk pimpinan PKR dan pakatan pembangkang tidak tegas mempertahan maruah agama dan membela nasib bangsa.

Beliau menegaskan, memang beliau hilang kepercayaan kepad pucuk pimpinan PKR apabila kenyataan rasminya dan parti tidak tegas, malah “longgar” di dalam isu kalimah Allah.

“Saya dengan ini ,atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa dan negara serta kepentingan rakyat Malaysia, saya mengumumkan penyertaan saya dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Oleh yang demikian dengan rasmi saya keluar daripada PKR atas dasar hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti tersebut,” katanya pada majlis perjumpaan kepemimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) bersama Perdana Menteri di sini, malam tadi.

Pengumuman bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tersebut dibuat selepas hampir setahun menyepi daripada arena politik tanah air.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219.

Bagaimanapun beliau meletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pada 8 April 2009 dan sebagai ADUN Penanti pada 16 April tahun yang sama atas alasan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat pasca ijazah.

Menurut Mohammad Fairus, beliau mengambil keputusan meningalkan PKR kerana parti itu dilihat tidak konsisten dalam mempertahankan agama dan bangsa Melayu.

“Kemuncak batas kesabaran saya ialah apabila isu kalimah Allah timbul, saya memantau setiap kenyataan pemimpin yang ada di Malaysia tanpa mengambil kira parti politik.

“Tapi apabila lihat kenyataan pucuk pimpinan dan kenyataan rasmi PKR, ianya amat mendukacitakan… tenyata mereka begitu longgar mempertahankan perkara sepenting itu dan dasar sebesar itu,” katanya.

Mohd Fairus juga berkata, malah di dalam isu sambutan Maulidur Rasul juga beliau kecewa dengan komitmen pakatan pembangkang. “Dalam perkembangan terbaru ialah sambutan Maulidur Rasul. Sudah timbul isu baru sibuk nak buat sambutan. Majlis perarakan Maulidur Rasul adalah adat yang diterima dalam Islam sebagai bab ‘uruf.”

Beliau juga kesal kerana pakatan pembangkang tidak membela nasib peniaga Islam Melayu seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Menurutnya sepanjang kihidmatnya di dalam Kerajaan Negeri itu, masalah itu tidak timbul kerana dia selalu berbincang dan mendapatkan pandangan pelbagai pihak.

Pertengahan bulan lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggugurkan tuduhan rasuah terhadapnya yang dikaitkan dengan aktiviti kuari haram di Pulau Pinang.

Kes berkenaan antara lapan kes berprofil tinggi yang ditutup SPRM.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan borang keahlian Umno kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan selaku Penaung Agung PSSGM, Dato Noh Omar, Menteri Pertanian dan Asas Tani selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh. -UMNONews

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement