Carian  
10 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Wang Ihsan Di Politikkan Pembangkang - Mustapa Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 28 Februari 2010


Mustapa menyampaikan sumbangan kepada Veteren UMNO.JPG

Mustapa (kiri) menyampaikan sumbangan kepada veteren UMNO baru-baru ini


KOTA BHARU, 28 FEB 2010 – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato’ Sri Mustapa Mohamed dukacita dengan tindakan pembangkang yang mempolitikkan isu pemberian wang ihsan kepada rakyat di negeri ini.

Menurut Mustapa, pada masa ini pembangkang menerusi ceramah-ceramah isu semasa yang diadakan telah menggunakannya sebagai platform mempolitikkan isu wang ihsan ini.

“Ceramah-ceramahh yang diadakan ini bukan sahaja merugikan masa tetapi turut memecah belahkan masyarakat dan menyebarkan fitnah di seluruh pelusuk negeri ini.

“Perkembangan ini amat tidak menyenangkan dan kita harap rakyat negeri ini dapat menilainya dengan baik.

“Namun demikian, kita (UMNO) tetap akan meneruskan agenda membela dan memajukan rakyat serta negeri ini menerusi wang ihsan yang akan diberikan nanti,”katanya.
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement