Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Veteren UMNO Sifatkan Pembangkang Nyanyuk Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 28 Februari 2010

veteren umno.jpg

                   Abdullah Latif                                                Ismail Mamat


JELI, 28 FEB 2010 – Tindakan pembangkang melabelkan To’ Pa sebagai pengkhianat disifatkan veteran UMNO sebagai tindakan keji dan nyanyuk.

Veteran UMNO, Ismail Mamat, 81, berkata, hakikatnya mereka (pembangkang) inilah yang merosakkan agama dan orang Melayu.

Menurutnya, parti pembangkang tidak boleh dibawa berbincang (tak leh wak kiro) kerana mereka ini telah nyanyuk dan tidak dapat berfikir dengan waras apa yang dilontarkannya(kata-kata).

“Apa yang dilontarkan merupakan perbuatan ikut suka mereka (Pas) demi menyelamatkan maruah partinya.

“Pelbagai isu yang timbul sebelum ini menyebabkan mereka lumpuh dan disebabkan ketiadaan ‘modal’ untuk menangkis isu-isu berkenaan maka To’ Pa dijadikan sasaran,”katanya ketika ditemui.

Kata beliau, pimpinan Pas diterajui Nik Aziz adalah punca segalanya dalam perkara ini dan tindakan jahat ini menunjukkan mereka sudah terdesak untuk menutup isu-isu yang timbul.

Bagi Abdullah Latif, 72, berkata, apa yang dilabelkan pembangkang kepada To’ Pa itu sebenarnya ‘jalan keluar’ untuk mereka lari dari isu-isu yang dihangatkan pada masa kini.

Katanya, dia cukup mengenali To’ Pa, apa yang dilabelkan pembangkang itu sebenarnya tidak patut memandangkan banyak perkara yang telah dibawanya (To’ Pa) ke Kelantan demi membangunkan Kelantan.

“Selaku veteran, saya faham sangat tindakan pembangkang, mereka sengaja mahu menjatuhkannya memandangkan keadaan tidak lagi selesa untuk bertapak di negeri ini pada masa sekarang.

“Jadi pilihan terbaik untuk pembangkang ialah ‘menyerang’ To’ Pa kerana rekodnya dalam pilihanraya terdahulu selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan cukup baik,”katanya.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement