Carian  
10 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Wang Ihsan: Surat Pelantikan Wakil Negeri 2 Minggu Lagi Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 27 Februari 2010

awang adek menyampaikan sumbangan.jpg

Awang Adek menyampaikan sumbangan kepada ahli UMNO di bahagian Jeli baru-baru ini
.

PASIR PUTEH, 27 FEB 2010 – Surat pelantikan dua orang wakil dari kerajaan negeri Kelantan untuk menduduki jawatankuasa pengagihan wang ihsan akan dihantar kepada mereka selewat-lewatnya dalam masa dua minggu lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan yang baru dilantik oleh Kabinet Rabu lepas, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, mesyuarat pertama jawatankuasa itu akan diadakan bulan depan tanpa mengira sekiranya kedua-dua wakil itu menerima atau menolak perlantikan itu.

"Kami jangka pengagihan wang itu akan dapat diselesaikan pada bulan April,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Juara Kebajikan Rakyat UMNO Bahagian Pasir Puteh di sini, hari ini.

Dr. Awang yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, anggota-anggota lain jawatankuasa itu termasuk dari Petronas dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), selain jabatan-jabatan yang berkaitan dengannya yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.

Khamis lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Pusat tetap mahu memberi wang ihsan kepada Kelantan kerana yakin ada rakyatnya yang mahu menerima pemberian berkenaan dan pihaknya akan memastikan bantuan itu dibuat secara telus kepada golongan yang layak menerimanya.

Agihan wang ihsan RM20 juta itu dijangka akan disampaikan kepada rakyat Kelantan pada bulan April nanti. – Bernama
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement