Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Rakyat Kelantan Harus Bersyukur Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 27 Februari 2010

Rakyat Kelantan Harus Bersyukur.JPG

Mustapa menyampaikan sumbangan Maulidur Rasul kepada ketua-ketua cawangan UMNO bahagian Jeli

KOTA BHARU, 27 FEB 2010 - Rakyat Kelantan harus mensyukuri 'anugerah'(wang ihsan) diberikan kerajaan pusat kepada negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato' Sri Mustapa Mohamed berkata, anugerah tidak ternilai ini harus disyukuri rakyat Kelantan.

Menurutnya, pemberian wang ihsan bernilai RM20 juta itu nanti akan digunakan sebaik mungkin untuk membantu rakyat Kelantan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak sebelum ini.

"Kita yakin agihan pertama menjelang April ini nanti akan diagihkan sebaik mungkin secara telus kepada rakyat Kelantan.

"Wang itu nanti adalah faedah untuk rakyat Kelantan,"katanya ketika ditemui media selepas majlis penyampaian sumbangan Maulidur Rasul oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) kepada 100 cawangan UMNO Bahagian Jeli.
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement