
Mustapa menyampaikan anugerah kepada Najmudin, pelajar dan anak Jeli terbaik STPM 2009KOTA BHARU, 27 FEB 2010 - Wang ihsan berjumlah RM20 juta dijangka akan diagihkan menjelang April ini kepada rakyat Kelantan apabila satu Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan (JPWIK) ditubuhkan bagi menguruskan pengagihan wang berkenaan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato' Sri Mustapa Mohamed berkata,penubuhan jawatankuasa itu akan diketuai oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr.Awang Adek Hussin.
Menurutnya, mesyuarat pertama jawatankuasa pengagihan itu akan diadakan pada bulan hadapan dan ahli jawatankuasanya akan dilantik dalam masa terdekat.
"Ahli-ahli jawatankuasa itu nanti terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan yang tidak terlibat dengan politik dan dua minggu lagi jawatakuasa tersebut akan bermesyuarat bagi membincangkan cara pengagihan wang berkenaan kepada rakyat negeri ini.
"Insyallah April ini rakyat Kelantan akan menerima wang berkenaan dan rakyat Kelantan harus mensyukurinya,"katanya selepas menyampaikan anugerah dan sumbangan peribadi kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas, Muhamad Najmuddin Firdaus Abdullah, 19.
Najmuddin antara pelajar dan anak Jeli terbaik menerusi STPM di Malaysia bagi kategori Luar bandar.
Hadir bersama pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jeli, Datuk Abd.Aziz Derashid dan Naibnya, Datuk Dr.Azmi Setapa.