Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Pemuda Perkasakan Cawangan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 26 Februari 2010

pemuda turun padang di Chedok.jpg

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian turun padang bersama pemuda di kampung Chedok

JELI,26 FEB 2010 – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli akan bergerak memasuki 102 cawangan di bahagian ini dalam usaha memperkasakan pergerakannya di peringkat cawangan.

Ketuanya, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari berkata, menjelang Mei ini kepimpinan pemuda akan bertemu mata dan memasuki semua cawangan yang ada untuk memperjelaskan cara kerja  dan tugas yang perlu dilakukan.

Menurutnya, dalam pertemuan di peringkat cawangan itu kita akan memberikan panduan kepada mereka cara dan kaedah yang perlu di lakukan di peringkat cawangan supaya cara kerja lebih mantap dan berkesan.

“Di samping itu, dalam setiap pertemuan itu nanti kita akan menekankan soal penambahan ahli selain pengisian yang perlu supaya anak-anak muda ini terus rapat dan bersama-sama kita.

“Usaha ini akan menjadi medan untuk menyakinkan ahli bahawa kita sentiasa membela mereka seterusnya menjuarai hati mereka,”katanya ketika ditemui, semalam.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement