
Pelajar SMK Batu Gajah menunjukkan kecermelangan membanggakan di parlimen JeliJELI, 25 FEB 2010 – Usaha Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Sri Mustapa Mohamed untuk menjadikan parlimennya sebagai model dalam segenap aspek mula membuahkan hasil membanggakan apabila Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Gajah mencatat keputusan membanggakan dalam keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada hari ini.
SMK Batu Gajah yang berada dalam parlimennya mencatat keputusan cemerlang apabila 35 daripada 70 pelajarnya mendapat 5 Prinsipal dan merupakan antara sekolah luar bandar terbaik di Kelantan pada tahun ini.
Pencapaian membanggakan ini membuktikan usaha-usaha Dato’ Sri Mustapa Mohamed di parlimennya yang mahu menjadikan Jeli sebagai model hubungan baik, model pembangunan insan dan beberapa lagi model supaya Jeli lebih di kenali.
Hasrat Dato’ Sri Mustapa Mohamed mahu parlimen Jeli dikenali dan dipandang tinggi mula menunjukkan hasil membanggakan menerusi bidang pendidikan bahkan Jeli kini dalam masa terdekat akan direalisasikan sebagai zon ilmu menerusi projek pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Politekniknya.
Usaha meningkatkan lagi pencapaian pendidikan di parlimen ini telah lama dimulakannya menerusi kelas tuisyen percuma yang diadakan di kediamannya di Darul Falah untuk pelajar-pelajar sekolah rendah setiap minggu.
Hasil yang dimulakannya sejak beberapa tahun yang lalu hari ini terbukti tidak sia-sia apabila sekolah SMK Batu Gajah mencatat sejarah tersendiri menerusi keputusan cemerlang dalam STPM.
Tahniah SMK Batu Gajah diatas kecermelangan membanggakan dicapai pada hari ini.