
Khairul (kedua kanan) bergambar bersama pemuda menerusi program dekat siniKUBUR DATU, 25 FEB 2010 - Program Juara Rakyat yang semakin kencang digerakkan seluruh negara ternyata tidak ketinggalan dekat sini menerusi program dijayakan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari berkata,, program ramah mesra bersama pemuda ini bukan sahaja memberikan kesan kepada hubungan tetapi cara ini diyakini lebih bermakna dalam usaha untuk menjuarai hati mereka.
Menurutnya, kaedah turun ke bawah bersua muka, bertanyakan khabar, mendengar pandangan mereka bersama pemuda dilihat cara mudah untuk bersama dan mendekati golongan muda.
“Dengan kaedah ini secara tidak langsung memberikan panduan kepada kita untuk ‘menjuarai’ mereka seterusnya memberi peluang kepada pergerakan untuk menambah ahli-ahli baru.
Katanya, barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO akan terus mengorak langkah memainkan peranan dan tanggungjawab menjalankan program serta aktiviti bersama akar umbi bagi membina kekukuhan penapakan UMNO di bahagian ini.