
Khairul (kiri) bersama kepimpinan pemuda negeri dalam program di Kota Bharu baru-baru ini
JELI, 23 FEB 2010 – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli menyelar parti lawan yang mendakwa To’ Pa sebagai pengkhianat kepada rakyat Kelantan berhubung keputusan kerajaan pusat memberikan wang ihsan kepada negeri ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari berkata, rakyat negeri ini seharusnya sedar bahawa To’ Pa banyak berjasa dalam segenap aspek.
Menurutnya, apa yang jelas, selama To’ Pa memimpin telah banyak sumbangan diberikan beliau kepada negeri ini.
“Bidang ekonomi, kerohanian, pendidikan, kebajikan dan pembangunan infrastruktur negeri ini sentiasa dalam perhatian beliau dan menerusi bantuan kerajaan pusat banyak projek-projek besar dilaksanakan di negeri Kelantan.
‘Tindakan parti lawan ‘menyerang’ To’ Pa dilihat membuka ‘pekung busuk’ mereka , hakikat sebenar ialah mereka mengabaikan tugas dan tanggungjawab membela rakyat Kelantan, negeri ini ternyata ketinggalan dalam segenap aspek selama ditadbir mereka (kerajaan negeri),”katanya
Kata beliau, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli tetap bersama dan menyokong sepenuhnya kepimpinan To’ Pa sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang juga selaku Ketua UMNO Bahagian Jeli.
“Pemuda akan bersama-sama To’ Pa dalam menangani isu royalti minyak dan akan bergerak memberikan pemahaman kepada akar umbi.
“Sebagai rakyat Kelantan, Pemuda merasakan cukup bersyukur dan bertuah walaupun tidak layak menerima royalti kerana kerajaan pusat masih lagi ingin menyalurkannya dalam bentuk wang ehsan dan manfaatnya kepada rakyat negeri ini cukup besar sekali,”katanya.