Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Menteri Arah Bakti Siswa Semua Kaum Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 13 Mei 2007

KUALA LUMPUR12 MEI 2007 - Menteri Pengajian Tinggi, Dato‘ Mustapa Mohamed mengarahkan Naib Cancelor semua universiti awam memastikan program yang dilaksanakan termasuk Bakti Siswa disertai pelajar semua kaum.

   Beliau yang tidak puas hati dengan pelaksanaan program Bakti Siswa ketika ini kerana hanya disertai pelajar Melayu berkata, keadaan itu tidak melambangkan perpaduan kaum di negara ini.

   “Menerusi program Bakti Siswa, kita nak pelajar Cina dan
India tinggal bersama penduduk kampung Melayu begitu juga pelajar Melayu duduk di rumah masyarakat Cina dan India, tetapi ini tidak berlaku. Saya tak puas hati perkara ini,” katanya.

   Beliau memberitahu pemberita selepas majlis pelancaran Gegar U! Warna-Warni Malaysiaku – Suatu Lambang Perpaduan, anjuran Yayasan Budi Penyayang (Penyayang) di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM), di sini, semalam.

   Hadir sama, Pengerusi yayasan berkenaan, Nori Abdullah; Naib Canselor UM, Datuk Rafiah Salim dan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

   Mustapa berkata, kementeriannya dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara (JPN) juga akan melakukan kajian bersama mengenai tahap perpaduan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

   Sekarang kementerian dan JPN berbincang tajuk kajian yang akan dijadikan panduan merangka program di kampus dan melihat sejauh mana perpaduan dipraktikkan.

   Bukan saya kata tiada perpaduan di universiti dan bagi gambaran serius, cuma masih banyak lagi perlu dilakukan.

   “Saya rasa penting membawa semua kaum bersama dalam setiap program di universiti dan inilah tujuan program Gegar U! diadakan di universiti untuk merapatkan perpaduan,” katanya.

   Beliau berkata, tugas mengukuhkan perpaduan sebenarnya membabitkan banyak pihak dan seluruh rakyat mempunyai peranan seperti keluarga, guru, pelajar dan institusi pendidikan.

   Katanya, inisiatif merapatkan hubungan kaum perlu bermula di universiti bagi meningkatkan perpaduan dan membawa perubahan minda di kalangan masyarakat
Malaysia.

   Mengenai kempen Gegar U!, Mustapa berkata, program itu sesuatu yang inovatif dan kementerian akan memberi kerjasama penuh kepada Penyayang untuk menjayakannya sejak pelancaran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad, 29 Julai tahun lalu di Bangi.

   Terdahulu Nori, dalam ucapannya berkata, kempen Gegar U! bertujuan membantu mewujudkan program yang dapat menyatukan warga muda
Malaysia membentuk satu mesej perpaduan.

-Berita Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement