
Mustapa bergambar bersama pelajar-pelajar yang menerima biasiswa dari YTL Corportion BerhadJENUB, 23 FEB 2010 – Seramai 40 pelajar parlimen Jeli menerima biasiswa melalui YTL Corporation Berhad.
Majlis penyampaian disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jeli, Dato’Sri Mustapa Mohamed di Pusat Dakwah Parlimen Jeli.
Setiap pelajar berkenaan menerima biasiswa bernilai RM 600 setahun bagi setiap seorang dan biasiswa berkenaan merupakan salah satu tanggungjawab sosial diberikan syarikat itu untuk membantu pelajar-pelajar di luar bandar mencapai kecermelangan dalam pendidikan.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed dalam ucapannya meminta supaya pelajar-pelajar bersemangat menimba ilmu pengetahuan.
Katanya, kejayaan tidak akan datang bergolek sebaliknya usaha adalah jalan dan jaminan terbaik untuk mencipta kecermelangan serta kejayaan.
“Biasiswa ini diharapkan akan menjadi pemangkin pelajar-pelajar untuk cemerlang dalam pendidikan seterusnya mencapai impian,”katanya.
Pada majlis tersebut 43 pelajar turut menerima biasiswa dari Yayasan Johawaki dan Badan Amal Kebajikan Isteri Menteri dan Timbalan Perdana Menteri (Bakti).