Carian  
10 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Kelantan akan dirampas BN? Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 23 Februari 2010

mustapa dalam lawatan ke parlimen jeli.JPG

Mustapa dalam lawatannya ke parlimen Jeli

KUALA LUMPUR 23 Feb. – UMNO Kelantan yakin dengan motonya, ‘bersaing (berkawan) dan berbakti’ mampu merampas kembali negeri itu daripada Pas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia berdasarkan kepada keyakinan mereka kepada Barisan Nasional (BN) setelah amat kecewa dengan kegagalan Pas mengurus negeri itu.

“Rakyat sudah semakin kecewa dengan kegagalan urus tadbir negeri oleh Pas, rasuah dan kronisme serta nepotisme begitu menular.

“Mereka juga amat dahagakan perubahan dan Pas Kelantan juga sedang menghadapi fasa keletihan iaitu terlalu berbangga dengan pencapaian hingga alpa daripada tugas sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan facebooknya dan Majlis Ramah Mesra Bersama Anak-Anak Kelantan sekitar Lembah Klang di kediaman beliau di sini semalam.

Tambah Mustapa, petanda perubahan itu amat jelas ditunjukkan oleh rakyat Kelantan terutama yang berada di luar negeri pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai pada tahun lalu.

Jelas beliau, UMNO negeri sebenarnya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu telah mengatur strategi mapan bagi menarik sokongan rakyat terutama golongan muda yang undi mereka bakal menjadi penentu pada PRU akan datang.Utusan Online
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement