Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Riak Tak Puas Hati Mula Ketara Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 22 Februari 2010

mustapa menerima borang keahlian UMNO.jpg

Dato' Sri Mustapa Mohamed  menerima borang ahli baru UMNO daripada wakil bekas ahli PAS Roslan Che Lah, 49.

KUALA KRAI 21 Feb. - Perasaan tidak puas hati di kalangan ahli dan penyokong Pas di negeri ini terhadap tindak tanduk pemimpin parti yang sanggup berkompromi dalam soal agama dan kepentingan bangsa demi kepentingan politik, dilihat semakin ketara.

Mereka menyatakan secara terbuka untuk beralih sokongan kepada UMNO walaupun boleh menjejaskan hubungan dengan masyarakat setempat yang masih teguh sokongan kepada Pas.

Selain di jajahan Machang dan Pasir Mas baru-baru ini, semalam, 82 bekas ahli dan penyokong Pas kawasan Bukit Sireh di sini pula menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Jurucakap kumpulan itu, Zamzuri Ismail, 40, berkata, apa guna sokongan terus diberi jika tumpuan parti hanya ingin merebut kuasa sedangkan aspek kebajikan dan kepentingan terabai.

Katanya, mereka juga dukacita dengan sikap wakil rakyat yang diberi kepercayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu kerana gagal berperanan setelah membandingkan dengan khidmat para pemimpin UMNO setempat.

"Semua orang boleh menilai dan membuat perbandingan sekarang. Saya jangka ramai lagi menyertai UMNO walaupun mereka tidak mahu beritahu secara terbuka," katanya.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita, Mustapa berkata, pemimpin Pas terutama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kerap mengeluarkan fatwa serta pandangan mengelirukan telah menyebabkan sebahagian daripada ahlinya kecewa.

Katanya, beberapa tindakan Nik Abdul Aziz seperti menganggap perarakan sambutan Maulidur Rasul tidak ada fadilat, seolah-olah mempertahankan apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang di Pulau Pinang.

Menurut beliau, ia menghiris perasaan umat Islam di negeri di bawah pemerintahan DAP itu sedangkan ia merupakan amalan yang baik.

"Oleh itu, dengan kemasukan ahli Pas ke dalam UMNO, memperlihatkan keyakinan pengikut Pas semakin terhakis kerana mereka percaya Pas akan terus tunduk kepada parti-parti dalam pakatan pembangkang walaupun ia tidak membawa kebaikan kepada umat Islam," ujarnya.Utusan Online

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement