
Mustapa menjawab pertanyaan media selepas majlis pelancaran Facebooknya
KUALA LUMPUR, 22 FEB 2010 – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’Sri Mustapa Mohamed menyifatkan laman sosial seperti Facebook merupakan medium baru dan penting untuk berkomunikasi dengan rakyat.
Menurutnya, medium ini bukan sahaja merapatkan hubungan dengan rakyat tetapi berkesan mengukuhkan hubungan silaturrahim dengan rakyat.
Katanya, selain dapat berkenalan dan berkomunikasi dengan rakyat medium baru ini merupakan platform untuk berkongsi maklumat, mendengar pandangan serta cadangan rakyat terutama golongan muda tentang pelbagai perkara yang boleh membantu meningkatkan lagi prestasi kerajaan mahupun UMNO.
“Saluran yang menjadi tumpuan golongan muda ini merupakan saluran terbaik untuk kita dekati dan kukuhkan hubungan dengan mereka,jadi kita akan gunakan sebaik mungkin medium ini untuk bersama-sama dengan mereka,”katanya
Laman Facebook To’Pa boleh dilawati di www.facebook.com/pages/Mustapa-Mohamed/227789400038 yang mengandungi pelbagai foto dan video beliau.