
Mustapa bersalaman dengan hadirin selepas solat Isyak berjemaah malam, semalam.
KUALA LUMPUR, 22 FEB 2010 – UMNO Kelantan akan menggunakan pendekatan ‘2B’ Bersaing (Berkawan) dan Berbakti dalam usaha mengukuhkan kedudukan dan menawan Kelantan pada pilihanraya akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Dato’Sri Mustapa Mohamed berkata, pendekatan 2B itu dilihat langkah berkesan untuk mengukuhkan UMNO di negeri ini.
Menurutnya, pendekatan yang akan digerakkan itu bukan sahaja dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakyat tetapi ianya akan mendekatkan diri dengan rakyat
“Langkah ini secara tidak langsung akan membina dan menjalinkan kemesraan lebih baik dengan rakyat.
“2B ini merupakan jaminan terbaik untuk menawan Kelantan kerana apabila kita ramah mesra, senyum dan berjasa kepada rakyat sudah tentu perkara ini akan memberikan impak terbaik kepada kita semua,”katanya.
Mustapa berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Facebooknya di kediaman beliau di Bukit Tunku, malam semalam.
Hadir bersama ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr.Awang Adek Hussin dan kepimpinan UMNO Kelantan.