
Mustapa bergambar dengan peserta kem.
JENUB, 21 FEB 2010 - Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed, semalam hadir merasmikan Kem Motivasi Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Parlimen Jeli di Pusat Dakwah.
Kem selama tiga hari itu disertai 103 pelajar sekolah menengah parlimen Jeli.
Pada majlis tersebut seramai 42 pelajar menerima biasiswa tajaan YTL Corporation, Yayasan Johawaki, 34 orang manakala 9 orang pelajar lagi mendapat biasiswa tajaan Badan Amal Kebajikan Isteri Menteri dan Timbalan Perdana Menteri (Bakti).
Mustapa dalam ucapannya menasihatkan pelajar supaya menggunakan sepenuhnya peluang belajar dan membuktikan apa yang diberi menerusi kecermelangan dalam pendidikan.
Katanya, ibu bapa adalah faktor utama kejayaan anak-anak dan didikan serta bimbingan sebaiknya adalah perlu untuk mereka mencipta kecermelangan dalam pendidikan.