Carian  
12 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Banyak Jasa Tok Pa Kepada Kami Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 09 Februari 2010

madrasah.JPG

Nasifuddin menunjukkan madrasah hasil kerja dan sumbangan Tok Pa kepada penduduk.


SUNGAI LONG 9 FEB 2010 – “Sejak Tok Pa memimpin Jeli, banyak jasa disumbangkan beliau dalam tempoh 15 tahun kepada penduduk-penduduk  di sini,”kata Mohd Nasifuddin Sulaiman.

Menurutnya, selaku anak Jeli dia bangga dengan kepimpinan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang disifatkannya ‘bijak’.

“Akal fikirannya 20 tahun berada di hadapan dan kemungkinan banyak lagi perkara yang akan dilaksanakan di Jeli kerana saya tahu Jeli sentiasa dihatinya.

“Tok Pa dan Jeli tok leh pisoh (tidak dapat dipisahkan), ke mana sahaja kakinya melangkah, Jeli sentiasa dibawanya dan selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri ketika ini, Kelantan turut dihatinya,”katanya.

Kata Nasifuddin, di parlimen Jeli sekarang pelbagai pembangunan dapat dilihat dan perubahannya cukup ketara.

“Ungkapan ‘jin tendang’ (daerah hulu) sudah tiada, sekarang ‘jin’ berkenaan telah hilang dengan fasa dan landskap pembangunan.

“Kemudahan-kemudahan untuk beribadah seperti surau dan masjid, tempat belajar dan segala kemudahan lain kini saya lihat lengkap di jajahan ini,”katanya.

“Saya bangga menjadi anak Jeli kerana keutamaan kepada rakyat telah didahului sejak sekian lama di sini,”katanya.
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement