Carian  
13 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Kesedaran Baru Rakyat Sokong BN – Muhyiddin Minimize
Location: BlogsBuletin JeliTerkini umno-online    
Posted by: umnojeli_admin 06 Februari 2010

JERLUN, 6 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin, Barisan Nasional (BN) akan kembali memperoleh kejayaan besar dalam pilihan raya umum akan datang berikutan wujudnya apa yang beliau sifatkan sebagai kesedaran baru rakyat dan keyakinan terhadap keikhlasan kerajaan BN membela nasib mereka.

Bagaimanapun, ujar beliau, kesedaran baru rakyat itu harus diterjemahkan menerusi inisiatif, program-program membela rakyat dan tindakan proaktif kepimpinan BN pelbagai peringkat untuk terus mendampingi rakyat dan menjuarai kehidupan mereka.

“Inisiatif ini mesti dilakukan secara bersungguh-sungguh, sepanjang masa dan menerusi program bersepadu yang akan memberi perubahan dan pembaharuan kepada rakyat, seperti yang dijanjikan oleh kerajaan BN. Saya lihat ada harapan cerah di masa hadapan,’’ ujar beliau.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian ketika melancarkan Program Juara Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, Jerlun, peringkat negeri Kedah.

Lebih 20,000 rakyat daripada semua pelosok negeri Kedah hadir pada program Juara Rakyat yang diadakan pada 5 dan 6 Februari . Pelbagai program disusun untuk menjadi juara dalam persaingan memenangi hati, minda dan sokongan rakyat.

Muhyiddin mahu pemimpin-pemimpin BN berganding bahu dan bekerjasama menjuarai nasib rakyat dan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk membawa perubahan membangunkan negara.

Katanya, kerajaan amat sedar bahawa amalam sistem demokrasi berparlimen membolehkan rakyat menggunakan kuasa mengundi mereka untuk menentukan parti yang mentadbir sesebuah negeri atau negara.

“Kita ambil iktibar keputusan Pilihanraya Umum 2008. Rakyat beri isyarat kuat. Malah di sesetengah negeri, kita tewas. Mengapa ini berlaku sedangkan lebih 50 tahun memerintah, BN telah banyak memperjuangkan nasib rakyat.

“Kita menjuarai kehidupan rakyat . Bagaimanapun pembangkang membina persepsi BN tidak amalkan tradisi membela rakyat dan kerana persepsi yang tidak betul itu, rakyat terpedaya dan menolak kita,’’ katanya.

Pembangkang, ujar beliau, melemparkan pelbagai fitnah sehingga ramai rakyat terpengaruh dan BN tidak mendapat sokongan dua pertuiga di parlimen.

“Bagaimanapun, Allah sayangkan kita. BN diberi amanah untuk terus memerintah Malaysia,’’ kata Muhyiddin.
Beliau memberitahu, tempoh masa pilihan raya ke 13 tidak lama lagi. Pilihanraya pasti akan dating dan rakyat sekali lagi akan membuat penentuan.

Oleh itu, ujar beliau, BN mesti buat sesuatu untuk mengubah pandangan rakyat supaya menyokong kerajaan. Sentiasa bersama rakyat. Dampingi mereka. Dengar keluh kesah dan selesaikan masalah mereka.

Menurut beliau, Program Juara Rakyat merupakan program BN untuk meningkatkan kehidupan rakyat.

“Ini program rakyat. Program kita. Bukan hanya untuk UMNO tetapi tidak kira siapa sahaja, asalkan mereka rakyat. Kita akan terus juarai nasib dan kehidupan mereka,’’ kataya.

Oleh itu, tambah Muhyiddin, kerjasama dan perpaduan harus terus dipertingkatkan.

Dalam sidang media selepas majlis pelancaran itu, Muhyiddin berkata:
“Jangan jadi seperti pembangkang. Tembelang mereka sudah pecah. Bagaimana mereka hendak tadbir negeri dan bekerjasama sekiranya tidur satu bantal, mimpi lain-lain,’’ ujar beliau.

Menurut Muhyiddin, rakyat sudah sedar dan dapat melihat bahawa pembangkang sentiasa sibuk berpolitik sesama sendiri dan soal memperjuangkan nasib rakyat bukan lagi agenda utama mereka.
Menjawab pertanyaan adakah pilihan raya kecil dijangka akan diadakan di Kota Seputih dan sebab itu diadakan Program Juara Rakyat di sini, Muhyiddin menjelaskan:

“Ada atau tidak pilihan raya, itu secara kebetulan. BN terus tetap bekerja dan menyusun program bersama rakyat sepanjang masa. Pemimpin semua peringkat sentiasa mendampingi rakyat,’’.

Beliau mengajak rakyat menilai gabungan pakatan pembangkang yang kini dilanda pelbagai masalah.

“Ini bukan kerja BN seperti yang mereka tuduh. Mereka berhadapan masalah dalaman dan krisis kepimpinan dan tidak yakin rakyat serta ahli mereka sendiri melihat pemimpin pembangkang menangani

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement