Carian  
10 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Golongan miskin dibela kerajaan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 05 Februari 2010

Golongan miskin dibela kerajaan.JPG

Sebahagian penerima yang hadir mendengar ucapan perasmian program

JELI 05 FEB 2010 – Golongan miskin di negeri ini sentiasa mendapat perhatian dan dibela kerajaan pusat dalam usaha mensejahterakan rakyat.

Bendahari UMNO Bahagian, Mat Abu Hamat berkata, kerajaan sentiasa cakna dan berusaha seadanya bagi membebaskan rakyat dari kepompong kemiskinan.

Menurutnya, kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat dan mengambil berat dalam soal membantu golongan miskin di negara ini.
“Di kawasan luar bandar terutamanya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diwujudkan pelbagai bantuan dihulurkan untuk membantu golongan memerlukan.

“Kebajikan mereka yang layak terus terjaga menerusi pemberian bantuan bulanan selaras hasrat kerajaan memastikan tiada lagi golongan miskin tegar menjelang 2011,”katanya ketika merasmikan majlis penyampaian bantuan Program Gempur Kemiskinan (PGK) parlimen Jeli di Dewan Kawasan Rukun Tetanga (KRT) Bandar Jeli, semalam.

Hampir 100 penerima yang layak hadir menerima bantuan semalam daripada 600 penerima.

Hadir bersama ialah Pemangku Pegawai JKM Daerah Jeli, NorFadilah Omar

Kata Mat Abu, rakyat di negara ini turut perlu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana dapat menikmati kehidupan aman serta damai pada masa sekarang

“Usaha memakmurkan rakyat termasuk meningkatkan kualiti hidup rakyat terus dicanang supaya ianya seimbang dengan pembangunan negara.

“Rakyat juga jangan terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan sebaliknya berusaha untuk meningkatkan taraf hidup supaya masa depan anak-anak terutamanya lebih terjamin,’katanya.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement