Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Klinik 1Malaysia bukti keprihatinan kerajaan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 05 Februari 2010

klinik_satu_mlsia.jpg

1. Adnan Ibrahim
2. Mohd Nasir Mat
3. Rohana Mat Zain
4. Mohd Zawawi Awang

JELI 05 FEB 2010 – Langkah kerajaan mewujudkan klinik 1Malaysia disifatkan penduduk di parlimen ini sebagai bukti keprihatinan kerajaan yang mendahulukan rakyat.

Selain tepat pada masanya, perkhidmatan kesihatan asas untuk mendapatkan rawatan ini turut membantu meringankan beban terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

Surirumah, Rohana Mat Zain, 45, berkata, kemudahan yang dibina dan diwujudkan kerajaan ini amat sesuai untuk penduduk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, perkhidmatan kesihatan merupakan keperluan rakyat dan klinik 1Malaysia memenuhi kehendak rakyat.
“Apa yang saya suka nyatakan disini ialah perkhidmatan kesihatan ini diharapkan supaya terus hidup dalam masyarakat sampai bila-bila.

“Kita mahu perkhidmatan ini berterusan dan tidak tergendala ditengah jalan,”katanya.

Petani, Mohd Zawawi Awang, 54, berkata, apa yang dilaksanakan oleh kerajaan ini cukup sesuai dan tepat.

Katanya, langkah yang dilaksanakan kerajaan ini sememangnya betul demi kebaikan rakyat berbilang kaum.

“Sebagai penduduk luar bandar ianya sudah tentu satu kemudahan kesihatan berganda selain kemudahan-kemudahan kesihatan sedia ada yang lain.

“Harapan saya cuma satu iaitu perkhidmatannya setanding dengan perkhidmatan sedia ada ketika ini selain selesa dan mesra,”katanya.

Bagi seorang lagi petani, Mohd Nasir Mat, 53, berkata, klinik 1Malaysia ini memenuhi kehendak dan tuntutan rakyat di negara ini.

“Bagi rakyat berpendapatan rendah klinik ini umpama klinik kesejahteraan untuk mereka.

“Serendah RM1 ianya memadai untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan asas di klinik ini.

“Melihat kepada manfaat fungsinya ini kepada rakyat adalah lebih baik jika lebih banyak klinik ini diwujudkan,”katanya

Penyelia Pembangunan Mukim (PPM), Batu Melintang Luar,  Adnan Ibrahim, berkata, klinik 1Malaysia ini adalah pelengkap kepada hospital dan klinik-klinik kesihatan yang ada di daerah ini.

“Kemudahan yang disedikan kerajaan untuk mendapatan rawatan bagi sakit biasa dan peringkat awal ini ternyata menunjukkan keseriusan kerajaan  memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik yang ternyata menjadi hak rakyat,”katanya.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement