Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 30 Pelajar IPTA dikesan Terlibat Dalam Kempen Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 29 April 2007

JELI 29 April 2007 – Sebanyak 30 pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dikesan terlibat secara langsung berkempen bagi parti-parti politik tertentu yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, semalam.

   Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamed berkata, kesemua pelajar IPTA sekitar Lembah Klang itu akan berhadapan tindakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 mengikut keseriusan penglibatan mereka.

   Katanya, setakat ini bukti-bukti berhubung penglibatan mereka sedang dikumpulkan oleh Jawatankuasa Pemantau Pilihan Raya IPTA yang dianggotai oleh kesemua Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP).

    Tindakan yang bakal diambil mungkin akan diketahui dalam sedikit masa lagi kerana kita perlu perhalusi terlebih dahulu. Saya jangka kebanyakan kes akan melibatkan tindakan berupa amaran serta kaunseling.

   ‘‘Ini memandangkan kebanyakan kes melibatkan pelajar berkempen dari rumah ke rumah dengan tiada seorang pun yang terlibat dengan kegiatan yang boleh membawa ketegangan,” katanya.

   Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Program Pengajaran Bahasa Inggeris Kepada Guru Parlimen Jeli dengan kerjasama Monash University Malaysia di Darul Falah, dekat sini hari ini.

   Sementara itu, Mustapa melahirkan rasa puas hati dengan peranan yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemantau IPTA kerana berjaya menjadi satu bentuk pencegahan dalam mengelakkan penglibatan pelajar dalam politik kepartian dalam sesuatu pilihan raya.

   Jelas beliau, tanpa adanya jawatankuasa ini yang ditubuhkan beberapa tahun lalu, jumlah penuntut yang terlibat mungkin jauh lebih ramai.

   ‘‘Dengan adanya jawatankuasa ini, mereka tahu jika didapati turut berkempen, maka hukuman di bawah AUKU menanti mereka termasuk boleh digantung pengajian,’’ jelasnya.

-Utusan-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement