
Mustapa mengaminkan doa selepas merasmikan bas berkenaan
AYER LANAS 02 FEB 2010 - Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed hadir pada majlis perasmian penerimaan bas milik Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Jeli yang diadakan di perkarangan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas.
Bas yang dianggarkan berharga RM 600,000 itu diterima PPD Jeli daripada Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan suntikan semangat kepada PPD Jeli yang baru ditubuhkan.
Bas yang mampu memuatkan hampir 40 orang dalam satu-satu masa itu akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti luar daerah Jeli.