Carian  
10 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Mustapa bersama warga HUSM Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 31 Januari 2010

Terima kasih HUSM.JPG

Mustapa memberi ucapan kepada kakitangan HUSM, semalam.


LALANG PEPUYU 31 JAN 2010 – Ahli Parlmen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed, semalam hadir merasmikan program khidmat masyarakat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dekat sini.

Hadir bersama pada program ialah Pengarah HUSM, Dr.Zaidun Kamari dan Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) DUN Bukit Bunga, Adnan Hamid.

Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam ucapannya, berterima kasih kepada HUSM di atas jasa dan sumbangannya kepada parlimen Jeli sejak dahulu sehingga sekarang.

Katanya, sejak memimpin Jeli, HUSM telah banyak memberikan sumbangan kepada parlimen Jeli menerusi penganjuran program-program khidmat masyarakat dari dulu hingga sekarang.

“Saya bersyukur, gembira dan berterima kasih kepada HUSM diatas sumbangannya ini untuk penduduk-penduduk parlimen Jeli dalam usaha meningkatkan kualiti kesihatan penduduk di sini.

Katanya, program-program yang dilaksanakan HUSM di parlimen ini amat baik sekali untuk penduduk-penduduk kampung.
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement