Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Bilangan Pelajar Sarjana Ke Luar Negara Ditambah Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 15 April 2007

KOTA BHARU 15 Apr 2007 - Bilangan pelajar peringkat sarjana ke luar negara akan ditambah tahun ini bagi melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang tertentu untuk pembangunan masa depan negara, kata Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamed.

   Beliau berkata dua penaja utama iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyatakan persetujuan berhubung perkara itu.

   Bagaimanapun, Mustapa tidak menyatakan bilangan pelajar peringkat sarjana itu yang akan dihantar ke luar negara.

  Mustapa berkata, pelajar ijazah pertama di luar negara akan dikurangkan secara berperingkat kerana jumlah mereka sudah mencukupi.

   "Keputusan menghantar lebih ramai pelajar sarjana ke luar negara dibuat kerajaan selepas mesyuarat penyelarasan dengan semua penaja, baru-baru ini. Dulu kita banyak menghantar pelajar program ijazah, sarjana tak ramai," katanya.

   Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Kelantan berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Agensi di bawah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, di sini semalam.

   Mustapa berkata,berbanding tahun lalu, secara keseluruhannya tidak banyak pertambahan bilangan pelajar ke luar negara tahun ini dengan kira-kira 3,000 dihantar.

   Beliau berkata, kementerian juga sudah mengarahkan semua penaja menetapkan pelajar hanya dihantar ke universiti terkemuka yang menawarkan program terbaik bagi menjamin kualiti pelajar.

   Sementara itu, Mustapa berkata, kerajaan meluluskan RM9 juta bagi membeli tiga blok rumah kedai di Taman Bendahara dekat Pengkalan Chepa sebagai kampus sementara Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

   Katanya, ketika ini, kerja baik pulih, penyediaan perkakasan asrama dan komputer sedang rancak dilaksanakan dengan peruntukan RM11 juta untuk kegunaan pelajar baru sesi Julai 2007.

-Berita Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement