Carian  
11 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 AADK jayakan gotong-royong khidmat masyarakat Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 28 Januari 2010

AADK jayakan gotong-royong khidmat masyarakat.jpg

Datuk Abd.Bakir (ketiga kiri) bergambar bersama imam masjid kampung Gunung.

GUNUNG 28 JAN 2010 – Visi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memastikan masyarakat Malaysia bebas dadah semalam dijayakan di perkarangan Masjid Gunung Reng menerusi program gotong-royong khidmat masyarakat.

Hadir merasmikan majlis berkenaan ialah Ketua Pengarah AADK Malaysia, Datuk Abd.Bakir Zin dan Pengarah AADK Kelantan, Mohzan Ibrahim.

Tujuan utama program khidmat masyarakat tersebut adalah usaha AADK untuk menjalinkan hubungan kemesraan lebih baik dengan masyarakat setempat.

Menurut Datuk Abd.Bakir, hubungan kemesraan ini amat penting dalam usaha AADK kerana ianya akan mewujudkan kerjasama yang baik dengan masyarakat.

“Perkara ini sekaligus akan menjayakan harapan untuk mewujudkan negara bebas dadah menjelang 2015.

Katanya, masyarakat perlu memainkan peranannya dalam usaha kerajaan menerusi AADK untuk menangani masalah nombor satu negara ini.

“Kerjasama dan hubungan adalah perkara perlu dan utama untuk menjayakan perkara ini.

Masyarakat seharusnya bekerjasama dan prihatin terhadap usaha-usaha yang dijalankan AADK bagi memastikan kehidupan generasi akan datang lebih baik dan aman,”katanya.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement