Carian  
10 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Golongan belia perlu berkeyakinan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 27 Januari 2010

Golongan belia perlu berkeyakinan.JPG

Norlizawati menyusun produk kecantikan di salon kecantikan miliknya di kawasan rehat dan rawat, Gemang, semalam.

JELI 27 JAN 2010 – Berbekalkan semangat dan keyakinan tinggi bahawa kecantikan bukan sahaja milik ‘orang-orang bandar’ Norlizawati Abdul Talib, 27, menggunakan peluang itu mendekati masyarakat luar bandar membuka perniagaan pusat kecantikan dekat sini.

Menurut Norlizawati, kecantikan dalah untuk semua wanita dan hal inilah mendorong saya membuka pusat kecantikan ini

“Bermodalkan RM10,000 dengan sokongan dan bantuan suami akhirnya, sebuah salon kecantikan di bangunkan.

Katanya, pada peringkat permulaan, saya cukup gusar memandangkan keadaan sosio ekonomi di sini tidaklah seperti di Bandar, namun berpegang kepada iltizam tinggi bahawa rezeki ada di mana-mana sahaja, saya yakin diri untuk menjayakannya.

“Alhamdulilah, walaupun usia pusat kecantikan ini agak muda perniagaan ini berjalan lancar dan berkembang baik.

Kata beliau, golongan belia terrutama bagi mereka yang sudah berkahwin perlu mengambil peluang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

“Satu nilai tambah perlu di cari dan kebergantungan untuk makan gaji sahaja perlu di kikis pada masa kini.

Kata Norlizawati, walaupun ekonomi di jangka meleset dan berlakunya kadar pengangguran perkara itu bukanlah satu penghalang untuk menempa kejayaan, apa yang utama ialah kita bersemangat untuk membuat perubahan.

“Sekiranya perniagaan ini berkembang maju, saya merancang mengembangkan sayapnya selepas ini,”katanya lagi.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement