
Aziz(kedua kanan) menunjukan sebahagian hasil lukisannya, semalam
JELI 27 JAN 2010 – Kemahiran melukis di miliki sejak dibangku sekolah memberikan kelebihan kepada Aziz Salleh, 40, menjana sumber pendapatan tambahan.
Aziz ketika berkata, menyedari kemahiran di milki mampu menambah sumber pendapatan ketika berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1999, melukis adalah sebahagian kerja di lakukan untuk menampung kehidupan.
“Bakat saya milki ini adalah anugerah yang diberikannya untuk saya kembangkan.
Katanya, ketika mengharungi kehidupan di kotaraya, pada hujung minggu Central Market(CM) adalah tumpuan untuk m,enjual hasil lukisan.
“Ketika berada di sana banyak pengalaman di perolehi dengan kehadiran ramai pelukis, distulah ilmu ditimba.
Kata beliau, bertemu dengan Jaafar Taib, antara pelukis hebat di situ pengalaman di kutip, bahkan kritikan membina banyak memberikan satu semangat kepada saya untuk terus melukis.
‘Walaupun tidak sehebat lukisan mereka(pelukis) yang berada di situ, alhamdulilah hasil jualan lukisan mengikut saiz yang di temoah pelanggan saya mampu teruskan gelombang kehidupan di bandaraya Kuala Lumpur.
Menurutnya, tahun 2001, kepulnagan ke kampung mencari arah baru membina kehidupan ternyata tidak sia-sia.
“Saya bekerja sebagai penyelia projek dengan sebuah syarikat dan kerja-kerja melukis di lakukan sekadar mengisi luang masa yang ada.
“Namun, bagi mereka yang mengetahui kebolehan saya, saya tetap menerima tempahan pelanggan.
Kata Aziz, cita-citanya sangat besar, sekiranya ada modal di aberhasrat membuka galeri lukisan bahkan turut menyimpan hasrat mengadakan pameran solo.
“Bagi mereka yang berminat, bolehlah menghubungi saya di talian 013-9439934.