Carian  
10 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Warga emas terima kerusi roda sumbangan Tok Pa Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 27 Januari 2010

Mustapa sumbang kerusi roda.JPG

Yusof gembira menerima kerusi roda sumbangan ahli parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

KAJANG 27 JAN 2010 – Lima tahun hidup dalam kesukaran untuk bergerak selepas menghidap penyakit sendi dan gout, seorang warga emas, Yusof Daud, 70, kini gembira dan bersyukur apabila menerima kerusi roda sumbangan ahli parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed,semalam.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) Lalang Pepuyu, Raja Ali Raja Tuan Mat di rumahnya dekat sini.

Yusof ketika ditemui, bersyukur dan berterima kasih diatas sumbangan kerusi roda baru yang diterimanya.

“Lima tahun saya hidup dalam kesukaran untuk bergerak, hari ini saya gembira sekali menerima kerusi roda ini.

“Dalam tempoh tersebut, anak-anaklah yang banyak membantu saya, saya didukung ke mana sahaja,”katanya.

“Terima kasih kepada Tok Pa diatas sumbangan kerusi roda ini, saya akan lebih mudah bergerak selepas ini dan tidak lagi menyusahkan anak-anak,”kata beliau.

Hadir bersama ialah Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jeli, Raja Nurhazmiza Raja Ali dan Ketua Cawangan, Zulkifli Rashid.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement