Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 PPM Kelisar dan Ibu Tunggal Tokoh Maulidur Rasul Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 14 April 2007

KELISAR 14 APRIL 2007 - Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) Kelisar, Hamzah Mahmood, 65, diumumkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul yang diadakan di masjid disini, semalam.

 

   "Saya berasa terharu kerana pengorbanan saya berjuang menentang komunis dan bertugas hampir 30 tahun sebagai PPM mendapat pengiktirafan ," kata bapa kepada lima anak ini ketika ditemui.

 

   Dalam majlis itu juga ibu tunggal, Hasnah Mat Ali, 59 diumumkan Tokoh Maulidur Rasul kategori Wanita.

 

   Menurut Hasnah, dia menyara keluarga selepas kematian suaminya, Mat Zain Mat Ali dengan menoreh getah di kebun sendiri di Kampung Kelisar.

 

   "Saya bersyukur kerana kesemua anak-anak dapat bersekolah dan empat daripadanya sudah bekerja manakala dua lagi bersekolah menengah," katanya.

 

   Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamed menyampaikan anugerah kepada kedua-dua tokoh tersebut.

 

   Dalam majlis yang sama, 50 mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan di serahkan kepada ibu bapa angkat masing-masing sempena program Anak Angkat antara pihak UiTM dengan kerjasama penduduk setempat.

 

   Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Iman Masjid Kelisar, Salleh Awang, Pengarah UiTM Kelantan, Professor Datuk Dr Hussin Abd Rahman dan Penyelia Pendidikan Islam dan Moral PPD Tanah Merah Jeli, Mohammad Abdullah.

-Sinar Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement